fbpx

Tengku Zafrul Presiden baharu BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU ZAFRUL

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menamakan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai Presiden baharu badan induk itu bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang akan melepaskan jawatannya penghujung tahun ini.

Pada mesyuarat Majlis BAM yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara hari ini, Norza mendedahkan Ahli Majlis BAM sebulat suara bersetuju mencalonkan Tengku Zafrul sebagai Presiden baharu.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya akan memulakan tugas secara rasmi Januari tahun depan, iaitu selepas butiran lanjut dimuktamadkan mesyuarat Majlis BAM kali keempat Disember nanti.

Ogos lalu, Mohamad Norza membuat kenyataan mengejutkan apabila mahu melepaskan jawatan tersebut penghujung tahun ini, lebih awal daripada perancangan asal, iaitu selepas temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Untuk rekod, beliau yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mula mengambil alih tampuk kepimpinan BAM itu pada 2017 bagi mengisi kekosongan ditinggalkan mantan Presiden, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI