fbpx

Saya tak maafkan dia dan keluarga – Ibu Ayyash Aulian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Hasmiza (kiri) melihat pusara anaknya,Ayyash Aulian Muhamad Faizul di Tanah Perkuburan Islam Matang Gerdu yang meninggal dunia dipercayai didera oleh teman lelakinya. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

BAGAN SERAI – “Sampai hati dia buat anak saya macam tu hingga mati,” demikian luahan Siti Hasmiza Azizan, 38, ibu kepada Ayyash Aulian Muhammad Faizul, 2, yang meninggal dunia disyaki didera teman lelakinya di Taman Serai Permai Bagan Serai.

Menurut Siti Hasmiza, anak ke tujuhnya itu telah diambil oleh teman lelaki yang dikenali sebagai Haziq pada Selasa lalu.

“Dia (teman lelaki) telah datang ambil anak saya untuk dibawa pulang ke rumah kediamannya dua lorong dari rumah keluarga saya. Ini merupakan kali ketiga anak saya dibawa pulang ke rumahnya untuk diasuh sementara seperti sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas pengebumian Ayyash Aulian di Tanah Perkuburan Islam Matang Gerdu di sini, hari ini.

Siti Hasmiza berkata, teman lelakinya telah mengasuh anaknya sebanyak dua kali sebelum ini, namun akan memulangkan kepadanya pada hari yang sama.

“Hari selasa lalu dia datang ambil anak dan bawa pulang dan katanya, biarlah Ayyash Aulian dijaga olehnya. Pada keesokan hari (Rabu) saya menghubunginya bertanyakan keadaan anak dan dia kata anak suka tinggal di situ dan saya masih lagi dapat mendengar suara anak,” katanya.

Tambahnya, pada Khamis dia telah menghubungi teman lelakinya, namun dia dimarahi selain terdengar suara anaknya, tetapi diberitahu supaya tidak mengganggu kanak-kanak itu yang sedang tidur.

Siti Hasmiza berkata, sejak dari itu dia tidak lagi mendengar suara anaknya sehinggalah dihubungi oleh teman lelakinya memintanya untuk datang ke Klinik Bagan Serai.

“Saya ke Klinik Kesihatan dan mendapati anak saya telah diselimutkan dengan kain batik dan kaku tidak bernyawa.

“Luluh dan hancur hati saya bila mendapati anak saya seolahnya telah didera dengan sebegitu rupa dan saya sama sekali tidak akan memaafkannya serta keluarganya sampai bila-bila,” katanya.

Tambahnya lagi, dia mengenali dan berkawan dengan teman lelakinya sejak tahun 2014 dan anaknya itu merupakan hasil perkongsian hidup dengan suaminya yang ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI