fbpx

Najib boleh kembali sebagai PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafee menyampaikan ucapan pada Program Rakyat Bangkit Pulangkan Datuk Seri Najib di Dewan Bulan Sabit Merah di Ipoh. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai masih boleh diangkat semula sebagai Perdana Menteri jika beliau diberikan pengampunan, sepertimana pengalaman yang dilalui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, bagaimanapun perkara itu bagaimanapun bergantung kepada pelbagai proses terutama pengampunan diraja.

“Soalan itu saya rasa mungkin telah terjawab dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai Perdana Menteri). Kalau dapat satu pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, apa-apa perkara pun boleh berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Rakyat Bangkit: Pulangkan Datuk Seri Najib di sini hari ini, ketika menjawab soalan peserta yang bertanyakan adakah Najib masih boleh diangkat semula sebagai Perdana Menteri.

Semasa sesi pembentangan beliau juga, Muhammad Shafee turut membacakan antara kandungan mengapa Najib memohon mendapatkan pengampunan diraja, adalah kerana bekas Perdana Menteri itu mendakwa dirinya tidak diberikan peluang sepenuhnya dalam perbicaraan rayuan.

Beliau merupakan individu utama dalam pasukan peguam bela Najib turut menceritakan semula perjalanan mahkamah bekas Presiden UMNO itu yang akhirnya dikekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Program yang diadakan itu dihadiri lebih 700 orang dan bakal akan menjadi rantaian rantaian oleh penganjur untuk mengumpulkan tandatangan sebagai menyokong Najib.

Menurut penyelaras program, Farhan Khairuddin, program yang diadakan di Ipoh itu merupakan penganjuran kedua selepas dibuat di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI