fbpx

Larangan lekat lambang darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang di kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Semua penerima darjah-darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang tidak dibenar mempamer atau melekatkan lambang berkenaan pada kenderaan.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman berkata, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu adalah selari dengan Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.

“Penerima-penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang Darul Makmur yang didapati melanggar dan melakukan kesalahan di bawah enakmen ini akan berhadapan tindakan penarikan balik Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat yang telah dikurniakan.

‘Selanjutnya bagi mana-mana individu yang didapati menggunakan gelaran palsu boleh didakwa dibawah peruntukan yang sama,”katanya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Khirrizal , Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah ( Mencegah Penggunaan Tidak Wajar ) Pahang 2017 diperuntukkan bagi mencegah penggunaan tidak wajar lambang yang ditetapkan, gelaran atau anugerah yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Justeru pihaknya memohon kerjasama pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan bagi mereka yang melakukan kesalahan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI