fbpx
Gambar hiasan

Bahaya ada ahli keluarga toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Drama terkenal tempatan, Camelia memberikan gambaran yang jelas mengenai istilah keluarga toksik sesuai dengan kemelut adik-beradik yang baru-baru ini tular dalam masyarakat kita.

Drama itu mengisahkan Ma­riam sering dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su selain menghadapi kejahatan Marina sehingga tertekan dan trauma sebelum akhirnya mengalami masalah identiti berbahagi.

Filem terbitan Barat pada 1996, Mathilda arahan Danny DeVito pula mengisahkan tentang seorang anak yang tersisih dalam keluarga.

Seorang pakar psikiatri, Abigail Brenner yang menerbitkan satu artikel, Psychology Today menyatakan usaha menangani keluarga toksik lebih sukar di­sebabkan wujudnya pertalian darah.

Menurut Brenner, ahli keluarga toksik boleh ditandai apabila kita dimanipulasi atas kepenti­ngan mereka, dipersalahkan tanpa meminta maaf, tidak langsung memikirkan perasaan kita dan mereka menipu untuk melepaskan diri sendiri.

Katanya, ahli keluarga toksik mungkin ibu bapa, adik-beradik, ibu saudara, bapa saudara, datuk dan nenek kita dan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan mereka.

Pegawai Psikologi Kanan Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, keluarga toksik boleh terjadi disebabkan orientasi hubungan psiko sosial serta sikap ahli keluarga itu sendiri.

“Lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai ciri-ciri pemikiran dan perasaan yang negatif serta lebih berkehendak dan tidak bersyukur. Hubungan toksik dalam keluarga juga berlaku kerana kegagalan setiap ahli keluarga memainkan peranan serta tanggungjawab yang sepatutnya.

“Kesan keluarga toksik ialah membentuk corak pemikiran yang negatif, gangguan pemikiran serta pola pemikiran yang menjejaskan perkembangan diri seseorang. Kesan emosi yang sarat serta tidak harmoni akan me­nimbulkan konflik antara ahli keluarga yang berpanjangan.

Kata Siti Fatimah, kewujudan keluarga toksik juga ada yang berpunca daripada ibu bapa.

“Sikap ibu bapa yang bias, pilih kasih, membandingkan atau tidak ambil peduli hal penting anak-anak juga turut menyebabkan kesihatan mental anak boleh terjejas disebabkan oleh pera­ngai toksik mereka.

“Sebagai ibu bapa, amat pen­ting untuk seseorang memberikan didikan dan layanan yang terbaik buat anak-anak.

Siti Fatimah menggariskan beberapa langkah dalam mengelakkan diri daripada menjadi ahli keluarga yang toksik supaya kemelut dapat dielakkan menjadi berpanjangan.

“Setiap ahli keluarga perlu belajar mengawal emosi mereka dengan baik agar setiap perilaku kita tidak melampaui batas sama ada secara fizikal atau lisan.

“Kita juga perlu melatih diri untuk menerima kelemahan diri sendiri serta mengurangkan ego masing-masing. Selain itu, kita perlu sedar tanggungjawab sebenar yang perlu dimainkan sebagai ibu bapa, anak dan sebagainya.

“Ibu bapa dan anak-anak perlu mengambil berat unsur kerohanian dan spiritual kerana asas agama itu bukan hanya terlihat secara kasar tetapi melalui tingkah laku seseorang. Maka, adab dan tertib dalam setiap ahli keluarga adalah tanggungjawab semua kerana kebersamaan itu penting dan wajib dalam membina keluarga bahagia.

Tambahnya lagi, keluarga toksik juga wujud dalam kes perebutan harta pusaka dan melibatkan pihak lain selain waris yang layak menerimanya.

Campur tangan pihak lain yang cuba menegakkan benang yang basah juga menjadi punca toksik dalam keluarga.

Masalah komunikasi juga punca keluarga berkelahi dan berpecah belah kerana ada di antara mereka berkelakuan seperti api dalam sekam.

Berbuat jahat de­ngan niat yang tersendiri tetapi terlihat suci dan mulia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN