fbpx

Anak lembu miliki 2 kepala, 4 telinga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak lembu itu diusap oleh pemiliknya. - Detik

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seekor anak lembu betina yang dilahirkan memiliki dua kepala dan empat telinga.

Laman berita Detik melaporkan, anak lembu itu dilahirkan di daerah Gorontalo, Sulawesi pada Khamis lalu.

Berdasarkan rakaman tersebut, seekor induk lembu berwarna coklat dilihat berdiri di dalam kandang manakala anaknya yang baru dilahirkan berada di atas tanah.

Pemilik kandang itu dilihat mengusap badan anak lembu tersebut selepas ia dilahirkan.

Kejadian itu disahkan oleh ketua daerah Tibawa, Vivi J. Tayeb. 

“Malam kelmarin, seekor anak lembu dilahirkan. Kepalanya melekat, ada dua kepala dan empat telinga,” katanya.

Tambahnya, anak lembu itu mempunyai bilangan kaki yang normal. Ia dikatakan masih hidup tetapi dalam keadaan lemah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI