fbpx

Belanjawan 2024: RM250 juta perluas capaian internet di universiti awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan menyediakan sebanyak RM250 juta untuk menggantikan dan meluaskan capaian internet (Wi-Fi) di semua universiti awam menerusi Belanjawan 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan aduan yang diterima beliau dalam Siri Temu Anwar bersama mahasiswa yang perlu ditangani segera.

Menurutnya, ia sebahagian daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM16.3 bilion yang disediakan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan di institusi pendidikan tinggi (IPT), sebanyak RM300 juta disediakan untuk menyelenggara dan membaiki prasarana serta menggantikan peralatan lama yang usang.

“Kerajaan juga akan terus merakyatkan ilmu dengan menggalakkan komuniti rentan seperti orang kelainan upaya (OKU), Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas mengikuti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI