fbpx

Wanita bahagia kahwini abang ipar sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafida kini bahagia selepas berkahwin dengan abang iparnya. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita Depok, wilayah Jawa Barat yang pernah tular kerana mengahwini abang ipar sendiri setelah kakaknya meninggal dunia, sekali lagi menjadi perhatian selepas dia berkongsi perkembangan terbaharu keluarga mereka, lapor laman berita Thaiger semalam.

Rafida Sonia, 24, mula mencuri perhatian ramai tahun lalu selepas dia berkongsi  video majlis perkahwinan arwah kakaknya yang berlangsung pada 2014.

Dalam masa sama, dia memuat naik video majlis pertunangannya dengan lelaki  sama iaitu abang iparnya sendiri.

Menurut Rafida, kakaknya meninggal dunia selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga bersama abang iparnya yang kini merupakan suaminya. Arwah meninggalkan seorang anak.

Bagi memastikan anak tersebut tidak berasa kekurangan kasih sayang seorang ibu, abang iparnya membuat keputusan mengahwini Rafida, memandangkan wanita tersebut mempunyai hubungan rapat dengan kanak-kanak itu.

Kini, Rafida berkongsi kehidupan bahagia mereka setelah berumah tangga yang sekali lagi mendapat perhatian pengguna media sosial.

Dia berkongsib gambar-gambar yang menunjukkan kehidupannya sebagai seorang ibu dengan menjaga anak saudaranya yang kini anak tirinya.

“Setiap kali kami merindui kakak, kami berdoa untuknya di mana-mana sahaja selain turut menziarahi kuburnya bersama-sama.

“Gambar kakak turut diletakkan di rumah supaya anaknya sentiasa mengingati wajah ibunya,” kata Rafida. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI