fbpx

Skirt RM16,000 Vivy Yusof tarik perhatian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Vivy memakai skirt berharga RM16,899.

PETALING JAYA – Usahawan dan pempengaruh media sosial, Vivy Yusof mencuri tumpuan pengguna media sosial apabila mengenakan skirt ciptaan pereka fesyen dari Guangzhou, China, Ivan Young yang berharga RM16,899.

Vivy yang juga pengasas jenama dUck melalui satu hantaran di Instagramnya baru-baru ini dilihat memakai skirt labuh berwarna merah jambu serta mempunyai labuci itu dalam sebuah acara pelancaran jenama tudungnya itu.

Video tersebut kemudian dimuat naik semula oleh pengguna media sosial di aplikasi X berserta tangkap layar harga skirt tersebut.

Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap skirt yang dipakai oleh Vivy sementara ada yang menyifatkan harga skirt tersebut boleh dibuat bayaran muka membeli sebuah kenderaan.

“Aku rasa kalau aku kaya, aku tak ‘spend’ duit banyak macam ini dekat pakaianlah. Aku rasa je lah,” kata Samad.

“Kain dia tu kalau bayar kereta aku tinggal ratus ratus je baki,” kata Mae.

“Tak apalah dia mampu. Kita mampu tengok saja,” kata Arina.

“Lepas nak bayar duit muka mana-mana kereta, seronok banyak duit,” kata Tazz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI