fbpx

MYAirline: Abang Johari nafi anak ambil alih syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari ketika ditemui selepas merasmikan kilang baharu Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn Bhd di Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya, di sini hari ini.

KUCHING – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg menafikan anaknya akan mengambil alih syarikat penerbangan MYAirline, yang kini menggantung operasinya.

Beliau berkata spekulasi itu timbul selepas anaknya, Abang Abdillah Izzarim menghadiri sesi dialog syarikat di Kuala Lumpur.

“Apa yang berlaku, anak saya pergi ke sana (Kuala Lumpur) dengan kawannya dan waktu itu ada dialog syarikat, jadi mereka terus buat andaian itu.

“Jadi anak saya serba salah, jalan pun kena perhati orang, saya rasa ini tidak adil,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan kilang baharu Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn Bhd di Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan bahawa syarikat penerbangan tambang rendah itu dipercayai akan menerima pelabur baharu yang berpotensi iaitu anaknya, Abang Abdillah Izzarim berikutan masalah kewangan yang melanda MYAirline.

Abang Johari turut menegaskan Kerajaan Sarawak tetap dengan fokus untuk mengambil alih syarikat penerbangan MASwings.

“Kita fokus dengan MASwings dan sekarang masih dalam rundingan, memang tidak ada kaitan dengan MYAirline,” katanya.

MYAirline Sdn Bhd, dilaporkan menggantung operasinya serta-merta berkuat kuasa hari ini berikutan tekanan kewangan yang ketara.

Dalam satu kenyataan awal pagi ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata keputusan itu diambil berikutan tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan dan permodalan semula pemegang saham syarikat penerbangan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI