fbpx

Kau jangan cuba-cuba lempang isteri aku lagi – Ubai MZ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pempengaruh Ubai MZ memberi amaran buat adik iparnya, Syafiq Amzah agar jangan sesekali berani meletakkan tangan di wajah isterinya.

PETALING JAYA – Pempengaruh Ubai MZ memberi amaran kepada adik iparnya, Syafiq Amzah agar jangan melakukan sebarang kekerasan terhadap isterinya yang juga penyanyi Shila Amzah.

Amaran tersebut dimuat naik Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, menerusi satu hantaran dalam aplikasi X. Dalam hantaran sama, dia turut mengulang siar video tular Syafiq yang meluah rasa kecewa tentang penjualan rumah yang didiami mereka.

“Kau jangan cuba-cuba lempang isteri aku lagi.

“Aku ‘TikTokers’ terhebat,” katanya ringkas.

Difahamkan, isu lempang tersebut tercetus selepas Shila dalam satu hantaran Instagram semalam mendedahkan pernah dipukul oleh adiknya.

Dia turut mencabar adik lelakinya itu untuk bersemuka sekiranya ingin menyelesaikan masalah memandangkan nombor telefon sudah disekat oleh Syafiq.

Sejak kelmarin, kemelut keluarga Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 33, mula menjadi topik hangat selepas adik perempuannya, Syada Amzah mendakwa dia bersama ibu serta abangnya sudah dihalau dari rumah.

Rentetan daripada itu, satu demi satu masalah mula terbongkar termasuk dakwaan Shila ingin menjual rumah kerana gilakan harta selain mendedahkan perlu bekerja untuk menanggung ahli keluarga lain sejak menceburi bidang seni.

Terdahulu, Ubai dan Shila selamat mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos yang lalu.

Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun bercerai Februari 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI