fbpx

Tingkat siap siaga, respons awal hadapi wabak masa depan – Dr. Noor Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noor Hisham.

CYBERJAYA – Pandemik Covid-19 memberi pengajaran bermakna berhubung keperluan untuk bertindak balas awal dan pantas terhadap wabak masa depan, seterusnya berupaya mengukuhkan sistem kesihatan negara.

Canselor Universiti Cyberjaya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebarang tindak balas tempatan atau serantau mesti mengambil kira pendekatan kesihatan awam yang inklusif dan bersasar terutama memastikan akses kesihatan kepada golongan rentan.

Katanya, pendekatan keseluruhan kerajaan dan kerjasama semua kumpulan masyarakat adalah kunci kejayaan utama kepada respon dalam menangani apndemik Covid-19.

“Walau bagaimanapun, adalah lebih baik kerjasama ini diperluaskan di peringkat serantau untuk berkongsi sokongan teknikal, pengumpulan sumber dan perolehan kepada kajian penyelidikan bersama.

“Selama bertahun-tahun sistem kesihatan negara kekurangan dana, kekurangan kakitangan yang dibebani tugas dan terpaksa bekerja di fasiliti sesak. Justeru, pandemik covid-19 memberi petunjuk agar lebih banyak pelaburan dalam sistem kesihatan Malaysia dalam meningkatkan kesiapsiagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam Persidangan HRD Asia di Universiti Cyberjaya berhubung pengajaran Pasca Pandemik; Membina Budaya Kesejahteraan Holistik.

Dr. Noor Hisham yang merupakan bekas Ketua Pengarah Kesihatan itu turut mengingatkan agar orang ramai tidak leka dan lupa agar tidak mengabaikan penjagaan kesihatan walaupun pandemik telah berakhir.

“Hari ini ramai yang telah lupa tentang apa yang kita lalui dan yang paling teruk gagal memenuhi keperluan sistem kesihatan.

“Justeru, kita harus memberi perhatian sewajarnya bahawa setiap sektor dalam negara adalah sektor kesihatan. Kita mampu membuat perubahan besar dalam sistem kesihatan untuk hari esok yang lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI