fbpx

Sophia Albarakbah enggan berlakon dengan suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOPHIA ALBARAKBAH

PETALING JAYA – Sering menjadi mangsa kecaman kononnya menagih kasih daripada lelaki berstatus suami orang, pelakon sensasi Sophia Albarakbah ingin mengelak daripada terus bergandingan golongan sebegitu dalam drama mahupun filem.

Sophia, 30, bimbang selepas kerap dijadikan bahan kontroversi lebih-lebih lagi gosip bersama suami orang termasuk kecaman yang tiada hujung pangkal.

“Kadang-kadang saya tidak buat apa-apa pun ada sahaja benda terpalit. Lama-lama rasa penat.

“Apa-apa pun selepas ini saya cuba untuk elak. Tolong berikan saya seseorang (pelakon lelaki) yang tidak berkahwin,” ujarnya semasa ditemui selepas Majlis Pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Journey.

Pendekatan tersebut dibuat agar dirinya tidak lagi dihimpit dengan perkara yang meletihkan diri sebagai seorang pemain seni.

“Sememangnya sesiapa sahaja tidak suka dikaitkan dengan artis sehingga orang cakap buruk. Jadi, mengelak adalah cara saya pertahankan diri.

“Saya tidak mahu orang terus mengata kerana sudah berlaku banyak kali walaupun saya tidak buat apa-apa pun.

“Mencegah lebih baik dari merawat. Daripada kena kecam lagi, saya rela elak bekerja dengan sesetengah orang,” tuturnya.

Sementara itu, pengurus kepada pelakon Sophia Albarakbah, Nik Yasmin mendedahkan, aktres itu hampir putus asa untuk bekerja dengan pelakon lelaki berstatus suami orang.

“Dia sudah mula meminta dengan Kak Min untuk tidak mahu digandingkan dengan pelakon lelaki berstatus suami orang.

“Namun, saya pujuk kembali bahawa industri ini bukan kita tentukan.

“Saya faham, dia cuma penat kerana asyik terpalit dengan pelbagai kontroversi,” katanya.

Semalam, Sophia menafikan hadir ke konsert All Star Gegar Vaganza (GV10) semata-mata untuk memberikan sokongan buat peserta, Aliff Aziz walaupun kehadirannya adalah untuk menemani sepupunya iaitu penyanyi Aisha Retno yang membuat persembahan menerusi segmen GV Live +.

Aliff pula ketika ditemui selepas GV10 enggan memberi komen kerana bimbang akan timbul spekulasi tidak sepatutnya walaupun menyedari kelibat Sophia.

Episod drama berterusan apabila isteri Aliff, Bella Astillah membidas kenyataan Sophia yang didakwa menipu mengenai kehadirannya ke konsert minggu ketiga GV10 pada Ahad lalu.

Terdahulu, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Aliff sekitar Januari lalu.

Pada bulan lalu, Sophia juga mengakui sudah putus cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr. Doctor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI