TEWAS mempertahankan trofi Penyampai Radio Popular yang sudah bertahun-tahun menjadi miliknya, penyampai radio terkemuka, DJ Lin tidak pernah berpaling atau menjeruk rasa untuk terus aktif melestarikan kecintaannya. Empat bulan sudah berlalu, namun penangan Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) masih berbekas di hati sesetengah pihak. Penyampai juga orang kuat radio Suria FM antaranya yang dirasakan terpalit tempias, lebih-lebih kemenangan rakan setugas, Tyzo membuat kejutan menang trofi Penyampai Radio Popular ABP35. Kemenangan Tyzo sekali gus menamatkan penguasaan DJ Lin selama empat kali……