fbpx

Dewan Rakyat: Kolej Vokasional Pengerang tawar kursus EV bermula 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bidang pengajian berkaitan kenderaan elektrik (EV) iaitu Teknologi Automatik Hibrid dan Kenderaan EV akan mula beroperasi di Kolej Vokasional (KV) Pengerang, Johor pada tahun 2026.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, pelaksanaan kursus tersebut bertujuan menyokong dasar Dasar Automotif Nasional dalam memacu penggunaan EV di Malaysia.

“Perancangan pra-bina sedang dilakukan bagi memastikan kursus yang ditawarkan ini dapat disiapkan mengikut garis masa yang telah ditetapkan.

“Manakala elemen teknologi hibrid dan EV serta teknologi robotik diterapkan dalam kurikulum di 53 buah KV yang menawarkan teknologi automotif.

“Terdapat dua KV beroperasi di Wangsa Maju iaitu KV Setapak dan kv ERT Setapak menawarkan kursus berkaitan teknologi automotif yang menerapkan elemen EV,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) mengenai rancangan KPM untuk menambah bilangan KV yang akan menawarkan kursus kemahiran dalam industri EV. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI