fbpx

PasRelief salur bantuan awal kepada mangsa perang di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara keperluan asas yang disalurkan PasRelief kepada mangsa perang di Palestin.

PETALING JAYA – PasRelief telah menyalurkan bantuan awal kecemasan bernilai RM100,000 kepada penduduk Palestin yang terkesan dengan insiden serangan sejak Sabtu lalu.

Pengarah PasRelief, Mohd Yusni Mat Piah berkata, bantuan awal itu meliputi makanan keperluan asas serta bantuan wang tunai yang mana sebahagiannya telah diagih kepada mangsa perang di Palestin.

“Kami difahamkan situasi di Gaza semakin tegang dengan tindak balas rejim Zionis yang semakin mengganas apabila menyasarkan kawasan pendidikan, masjid, kediaman penduduk dan hospital. Lebih dahsyat, bekalan air dan elektrik juga disekat.

“Keadaan getir yang dilalui oleh penduduk Palestin saat ini, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. PasRelief akan menggerakkan pelbagai usaha untuk menyalurkan lebih banyak bantuan kepada mangsa perang di Palestin,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusni berkata, PasRelief menyeru seluruh lapisan masyarakat di Malaysia yang mengikuti perkembangan perang Taufan Al-Aqsa untuk terus sama-sama bersolidariti dengan menyumbang ke Tabung Kecemasan Gaza ini.

“Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Tabung Kemanusiaan PasRelief atau boleh menghubungi hotline PasRelief di talian 017-500 1144,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI