fbpx

Kuskop terima teguran tidak manfaat RM16.73 juta baki geran untuk PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ewon ketika bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Tahun 2023 di Hotel Royale Chulan di sini, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menerima teguran Jabatan Audit Negara supaya memantau prestasi perbelanjaan program bagi memastikan geran yang diberi kepada agensi, dibelanjakan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ewon Benedick berkata, perkara tersebut telah diambil tindakan dan dibincangkan selepas Laporan Ketua Audit 2021 dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

“Pimpinan kementerian akan pastikan semua teguran dapat ditangani terutamanya dalam belanjawan akan datang.

“Semua peruntukan kepada kementerian dan agensi harus dibelanjakan seperti mana dimandatkan dan saya akan minta maklumat daripada SME Corp apa tindakan yang telah diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Tahun 2023, di ibu negara hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati SME Corporation Malaysia (SME Corp) tidak membelanjakan baki geran Program SME Investment Partner (SIP) yang berjumlah RM16.73 juta.

Perkara itu dikesan Jabatan Audit Negara ketika melakukan pengauditan pematuhan terhadap perbelanjaan geran pembangunan Program SIP dan Program Going Export (GoEx) oleh SME Corp.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berkata, secara keseluruhannya, RM42.79 juta atau 71.9 peratus peruntukan yang diterima sudah dimanfaat kepada peniaga kecil dan sederhana (PKS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI