fbpx

Isu kejatuhan ringgit, hasil lawatan luar negara antara dibangkitkan di Parlimen hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Isu yang akan disentuh pada hari kedua Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-15 adalah berkaitan langkah kerajaan dalam menangani impak kejatuhan nilai ringgit yang semakin merudum berbanding dolar Amerika.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen Malaysia, perkara itu akan dibangkitkan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), dalam sidang dewan hari ini.

Selain itu, antara isu lain yang akan dibangkitkan pada hari kedua sidang parlimen ini adalah hasil lawatan Perdana Menteri ke luar negara termasuk hasil pelaburan, kerjasama antara negara dan tahap keyakinan pelaburan asing terhadap Malaysia.

Perkara tersebut akan dibangkitkan oleh Tan Kar Hing (PH-Gopeng).

Pada masa sama, Perdana Menteri juga akan menjawab persoalan yang diajukan Datuk Seri Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (GRS-Keningau), berhubung fokus kerajaan dan dana untuk memesatkan pembangunan dan ekonomi Sabah dan Sarawak, susulan pemindahan ibu negara Indonesia, Nusantara ke Kalimantan Timur.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI