fbpx

EPL: Keputusan pengadil hantui Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED SALAH berjaya meledak dua gol ketika Liverpool sekadar terikat ketika menentang Brighton pada aksi kelmarin. - AFP

LONDON – Keputusan pengadil terus membayangi Liverpool selepas pemain Brighton, Pascal Gross terlepas daripada sebarang layangan kad ketika kedua-dua pasukan seri 2-2 pada aksi di Stadium Amex kelmarin.

Keputusan pengadil yang hanya memberikan penalti kepada Liverpool tanpa melayangkan kad kepada Gross mencetuskan kontroversi kerana pegawai Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak melihat situasi itu sebagai kekasaran jelas terhadap Dominik Szoboszlai yang memiliki peluang terbuka.

Biarpun pengadil, Anthony Taylor memberikan sepakan penalti ekoran insiden berkenaan, pertahanan The Reds, Virgil van Dijk akui terkejut kerana tindakan Gross menarik Szoboszlai dalam kotak penalti hanya dibiarkan tanpa ada layangan kad.

“Dalam padang, kamu akan sentiasa memikirkan tentang perkara ini dan kami juga perlu berhati-hati untuk mendapatkan penjelaskan kenapa tiada layangan kad merah.

“Saya ada perasaan ingin tahu kenapa dia (Gross) tidak dilayangkan kad. Kami memenangi penalti, mampu menyempurnakannya, namun pengadil langsung tidak berikan kad,” katanya.

Sementara itu Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp enggan mengkritik keputusan itu kerana tidak pasti mengenai situasi yang berlaku ketika itu.

“Apa yang boleh saya katakan tentang situasi itu? Ia sudah berakhir dan saya sudah terlalu tua untuk semua ini, malah ia juga tidak lagi boleh diubah,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI