fbpx

Zambry ke Sri Lanka, perkukuh hubungan, teroka bidang kerjasama baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry.

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan rasmi ke Colombo, Sri Lanka selama empat hari bermula hari ini.

Wisma Putra berkata, Zambry dijadual mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatannya, Mohamed Uvais Mohamed Ali Sabry akan memberi peluang terbaik kepada kedua-dua pihak mengukuhkan lagi hubungan dua hala telah sekian lama terjalin serta meneroka bidang kerjasama baharu berkepentingan bersama.

Katanya, Zambry turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Sri Lanka, Dinesh Gunawardena serta Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe.

“Zambry juga akan mengambil peluang mengadakan sesi libat urus bersama komuniti perniagaan di Sri Lanka bagi meneroka potensi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Tambah kenyataan itu, pada lawatan rasmi ini juga, Zambry akan menyertai Mesyuarat Ke-23 Majlis Menteri-Menteri Persatuan Lingkaran Lautan Hindi (Indian Ocean Rim Association, IORA) pada 11 Oktober ini.

“Kehadiran Zambry ke mesyuarat ini akan mengukuhkan lagi penglibatan Malaysia di rantau perairan Lautan Hindi dan kawasan sekitarnya,” ujarnya.

Pada tahun 2022, Sri Lanka merupakan rakan dagang ke-48 terbesar Malaysia di peringkat global, dengan jumlah dagangan bernilai RM3.78 bilion (USD0.85 bilion), peningkatan sebanyak 13.2 peratus daripada RM3.34 bilion (USD0.81 bilion) yang direkodkan pada tahun 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI