fbpx

Ramai rindu watak Mat Despatch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perasaan rindu watak Allahyarham Qayyum apabila ia kembali segar dalam kalangan peminat apabila anaknya berkongsi kembali momen indah itu di TikTok baru-baru ini.

Editor majalah Ujang yang terkenal dengan watak Mat Despatch dalam Ujang Siri TV Lah Pulak itu meninggal dunia pada 19 Jun 2011.

Rata-rata peminat mengucapkan terima kasih kepada arwah yang menceriakan zaman kanak-kanak mereka.

Qayyum atau nama sebenarnya Rashdan Abdul Rahim meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya, di Fair Village, USJ22.

Video dimuat naik anak perempuannya, Qistina dengan meletakkan 30 keping gambar berkaitan arwah telah menggamit memori ramai peminatnya.

“Awak mungkin kenal dia sebagai Mat Despatch, tapi saya kenal dia sebagai papa,” katanya di ruangan kapsyen.

Orang ramai turut meninggalkan komen-komen takziah serta ucapan penghargaan buat arwah.

“Bila ziarah kubur papa nanti, cakap dengan papa terima kasih ya kerana buatkan zaman kanak-kanak saya ceria dan indah. Terima kasih sangat. Majalah Ujang terbaik,” kata amilyazama.

Penerbitan majalah Ujang telah diberhentikan secara rasmi pada 2015 yang lalu.

“Ayah awak selalu buatkan saya gembira masa saya di wad hospital dulu. Bila masuk wad dulu, saya selalu beli majalah Ujang sebab suka baca,” kata ariff.

“Ada beratus-ratus majalah Ujang saya dan abang saya simpan. Suka dengan watak mat despatch. Al-Fatihah kepada arwah,” komen Farhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI