fbpx

Dua pelajar siswazah USIM mangsa korban serangan bom rejim Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEREMBAN 9 Okt. - MOHAMMED J. H Alzaanin bersama isteri dan empat anaknya yang turut terkorban dalam serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin, semalam. Seorang lagi anaknya dilaporkan terselamat.-Foto USIM

SEREMBAN – Dua orang pelajar siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai di sini yang juga pasangan suami isteri, antara mangsa korban serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin, semalam.

Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kedua-dua mereka ialah calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia, Mohammed J. H. Alzaanin dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen yang merupakan pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi USIM.

Mereka terkorban dalam serangan bom yang berlaku di perkampungan mereka di Bait Hanon kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Turut terkorban ialah empat orang anak mereka manakala seorang anak lagi anak mereka dilaporkan terselamat.

“Perkara ini disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H. M. Mahariq. Turut terkorban ialah empat orang anak mangsa, hanya seorang anak mangsa dilaporkan terselamat.

“Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Badereddin Seyam, turut terkorban ialah 20 orang ahli keluarga mangsa dalam serangan bom oleh rejim Zionis di Gaza itu,” kata kenyataan itu lagi.

Mohammed J. H. Alzaanin difahamkan baru sahaja selesai menjalani sesi viva-voce di USIM pada 5 Julai lalu manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce pada 23 Oktober ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI