fbpx

Bekas penyelia felda didakwa pecah amanah wang JKKR RM31,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penyelia di Felda Bukit Jalor, Gemencheh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, hari ini atas kesalahan pecah amanah wang milik JKKR felda berkenaan, April lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

TAMPIN – Seorang bekas penyelia di Felda Bukit Jalor, Gemencheh di hadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan pecah amanah berjumlah RM31,500 milik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), April lalu.

Tertuduh, Mohd. Nazrin Daud, 32, mengaku tidak bersalah berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu wang kepunyaan JKKR Felda Bukit Jalor di sebuah institusi perbankan di Gemencheh pada April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebat dan juga denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhammad Amirul kemudiannya menawarkan wang jaminan sebanyak RM30,000 namun tertuduh yang kini bekerja sebagai pemandu peribadi memohon wang jaminan rendah kerana menanggung dua orang anak.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 16 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI