fbpx

43 warganegara Malaysia mangsa penyeludupan manusia di Peru diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) mengesahkan seramai 43 orang warganegara Malaysia menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam di Peru.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima juga mengesahkan kesemua mangsa itu telah diselamatkan polis Peru pada 7 Oktober lalu.

Katanya, pihak polis Peru telah mengadakan satu serbuan di sebuah rumah di La Molina, Lima di mana kesemua mangsa warganegara Malaysia tersebut telah dikenalpasti dan diselamatkan.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Lima telah melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka berada dalam keadaan baik.

“Kesemua mangsa juga telah menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Jelasnya, Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada kesemua mangsa.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Lima di alamat Av. General Juan Antonio Pezet 1750 San Isidro, Lima
Republic of Peru.

“Mereka juga boleh menghubungi di talian +51-1-422-0297 atau +51-1-441-1939
dan +51-1-441-0795 serta email ke [email protected],” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI