fbpx

Penerjun udara maut selepas mendarat depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui meninggal dunia semalam. - Mauricio Graiki

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang penerjun udara terbunuh selepas mendarat di halaman sebuah rumah di negeri Florida, Amerika Syarikat, lapor akhbar New York Post. 

Mangsa ditemui dalam keadaan memakai peralatan lengkap payung terjun di halaman rumah penduduk yang terletak di bandar Titusville, timur Orlando semalam. 

Rumah itu terletak di kawasan berhampiran Arthur Dunn Airpark iaitu sebuah lapangan awam di mana terdapat beberapa pusat terjun udara.

Pegawai Polis Titusville percaya bahawa mangsa yang merupakan seorang lelaki itu melakukan aktiviti terjun udara seorang diri, namun tidak mengeluarkan sebarang maklumat lanjut.

Siasatan kes itu masih dijalankan, kata balai polis tersebut dalam satu kenyataan.

“Anggota Penyelamat Bomba Daerah Brevard turut berada di lokasi kejadian manakala permintaan awal untuk sebuah helikopter dibatalkan,” katanya dalam satu kenyataan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI