fbpx

David ‘kantoikan’ Victoria Beckham naik Rolls Royce ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
David Beckham menuai perhatian apabila mendedahkan isterinya, Victoria Beckham pernah dihantar menaiki kenderaan mewah Rolls Royce oleh bapanya ke sekolah suatu ketika dulu.

BEKAS pemain bola sepak terkenal, David Beckham menuai perhatian ramai apabila mendedahkan isterinya, Victoria Beckham pernah dihantar menaiki kenderaan mewah Rolls Royce oleh bapanya ke sekolah suatu ketika dulu.

Perkara itu dibangkitkan Beckham apabila isterinya mula membuat kenyataan dia dibesarkan oleh ibu bapanya yang merupakan golongan kelas pekerja.

“Ibu bapa saya bekerja keras dan keluarga kami adalah golongan pekerja,” katanya sebelum disahut soalan spontan oleh suaminya.

Tidak berdiam diri mendengar jawapan tersebut, Beckham seterusnya meminta isterinya jujur mengenai kenderaan yang diguna oleh bapa mentuanya suatu ketika dulu.

“Tolong jujur, apakah jenis kereta yang ayah guna untuk hantar awak ke sekolah?” soal Beckham.

Tewas dengan soalan bertalu-talu daripada suami, ibu kepada empat orang cahaya mata itu akhirnya mengakui bapanya pernah memiliki kenderaan jenama mewah tersebut.

“Ini bukan jawapan yang mudah.

“Baiklah, sekitar tahun 1980-an, ayah saya memiliki kenderaan jenis Rolls Royce,” jawab bekas ahli kumpulan Spice Girls itu.

Difahamkan, perkongsian tersebut adalah sedutan daripada sebuah filem dokumentari berjudul Beckham terbitan Netflix.

Mengimbau semula, pasangan selebriti berpengaruh ini mendirikan rumah tangga pada 4 Julai 1999 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Brooklyn Beckham, Romeo Beckham, Cruz Beckham dan Harper Seven. -KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fashion blogger (@vanitycoke)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI