fbpx

19 kawasan catat IPU tidak sihat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 19 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 4 petang ini.

Berdasarkan jadual IPU dipaparkan di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) pada petang ini, daerah Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan IPU tidak sihat paling tinggi iaitu 162.

Turut merekodkan IPU tidak sihat di negeri itu ialah Seremban dan Port Dickson dengan bacaan IPU masing-masing 137 dan 155.

Bacaan IPU di Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan bacaan 155 manakala di Putrajaya IPU tidak sihat direkodkan ialah 151.

Selain itu di Selangor, turut mencatat IPU tidak sihat ialah di Shah Alam (106), Klang (139) dan Banting (152).

Keadaan sama juga direkodkan di tiga kawasan di Melaka iaitu Alor Gajah (153), Bukit Rambai (161) dan Bandaraya Melaka (153).

Sementara itu di Johor, daerah Segamat mencatat IPU tidak sihat pada petang ini dengan bacaan 152, Batu Pahat 160, Larkin 151, serta di Tangkak 153.

Di pantai timur pula, kawasan mencatatkan IPU tidak sihat ialah di Rompin (115), Indera Mahkota (103) di negeri Pahang.

Bagi negeri Terengganu pula, IPU di Kemaman merekodkan bacaan 109 manakala di Paka pula ialah 116. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI