fbpx

Festival Heritage Art & Culture martabat budaya, tingkatkan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Festival Heritage Art & Culture membuka tirai pada hari ini dan esok di Melaka.

PETALING JAYA – Bersesuaian dengan objektif memartabatkan seni, Festival Heritage Art & Culture membuka tirai pada hari ini dan esok di Melaka.

Pihak penganjur berharap dapat meletakkan keindahan budaya tempatan pada tahap tersendiri selain memacu ekonomi peniaga yang terlibat.

Ketua Pengawai Eksekutif Strange Film selaku pengelola festival, Nur Syamimi Sofia Harun berkata, pesta mega yang menyenaraikan pelbagai aktiviti termasuk gerai jualan dan pameran itu turut dimeriahkan penyertaan ramai selebriti.

“Pengunjung yang hadir berpeluang berjumpa selebriti dan membeli barangan jualan sepanjang program berlangsung termasuk produk kraftangan dan pameran kerajaan.

“Dalam perancangan, majlis perasmian dan penutup disempurnakan Datuk Shadan Othman yang dijangkakan disertai sekitar 50,000 pengunjung,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capella Entertainment, Muhammad Azwan Kamaruddin berharap pengunjung yang hadir dapat berseronok di hujung minggu dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.

“Antara aktiviti adalah Zumba dan Tari Warisan, Pertandingan Mewarna Kanak Kanak, Pertandingan Tarian Tradisional, Pertandingan Kebaya Nyonya dan banyak lagi.

“Dalam pada masa sama, ada 50 gerai jualan dibuka yang menawarkan barangan istimewa termasuk produk keluaran artis tempatan” ulasnya.

Berlangsung di Dataran Pahlawan, festival anjuran bersama Strange Film Sdn. Bhd dan Capella Entertainment itu menampilkan 15 selebriti seperti Fyna Jebat, Sahdi Sahdi, Zarina Zainuddin dan Asmidar. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI