fbpx

16,456 pengundi tentukan wakil rakyat Pelangai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISU kos sara hidup antara yang dimainkan oleh pihak-pihak yang bertanding semasa berkempen dalam PRK DUN Pelangai di Bentong baru-baru ini.

BENTONG – ‘Kuasa’ kini dise­rahkan kepada 16,456 pengundi selepas 14 hari kempen tiga calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai ber­akhir semalam.

Pelbagai isu dibangkitkan antaranya adalah masalah infrastruktur, pembangunan, rumah generasi baharu Felda dan isu kos sara hidup serta ekonomi.

Isu-isu politik turut dimainkan seperti gabungan antara DAP dan juga UMNO, keupayaan pimpinan setiap parti termasuk sejarah lampau mereka malah terkini isu ‘lompat’ parti dimainkan kedua-dua belah pihak.

Hakikatnya sepanjang kempen, pengundi di DUN Pe­langai disajikan pelbagai isu sama ada isu tempatan dan nasional oleh pemimpin setempat dan pemimpin luar yang berkempen.

Namun sejauh mana kira-kira 16,456 pengundi dapat menikmati sajian dihidangkan pihak-pihak itu hanya akan dapat diterjemahkan dalam pengundian hari ini. Apa sebenarnya yang pengundi DUN Pelangai mahu?

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Amizar Abu Adam, Kasim Samat dari Perikatan Nasional dan calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Kerusi berkenaan mempunyai 16,456 undi dengan majoriti pe­ngundi adalah Melayu iaitu sebanyak 72.6 peratus, diikuti Cina (18), India (tujuh) dan lain-lain 1.25.

Bagi pengundi kampung tradisional di mana hidup ada yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, mereka tentunya amat menghargai bantuan diberikan selama ini.

Mereka amat berterima kasih dan sudah pasti ia akan mempengaruhi undi.

Bagi penduduk Felda masalah survival bukanlah isu apabila setiap bulan mereka meraih hasil sawit dan berpendapatan tetap, malah golongan berpendidikan atau akademik daripada generasi Felda dilihat menjadi cabaran kepada BN khususnya.

PRK DUN Pelangai memang berbeza, sehingga kini tiada mana-mana pihak dapat menentukan siapa yang mempunyai kelebihan dan boleh dikatakan keputusan setakat semalam adalah 50-50 dengan pengundi atas pagar dilihat meningkat ketara.

Ini diakui bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob yang telah 36 tahun menjadi ADUN Pelangai bahawa dia melihat keadaan ‘volatile, uncertain, undecided serta tidak tentu lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI