fbpx

Sempat jamah nasi lemak R&R Paka sebelum maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Meriah (kiri) mengucup jenazah Ahmad Osama Ramadhan yang juga pelajar SMK Binjai di Hospital Dungun semalam. Gambar kecil Ahmad Osama Ramadhan.

DUNGUN – “Adik anak yang baik, kami semua sayangkan adik. Mak halalkan segala makan minum dan maafkan semua dosamu. Kau tempatkanlah anakku di syurgaMu, Ya Allah.”

Demikian luahan Che Meriah Che Endut, 56, sewaktu mengucup jenazah anaknya, Ahmad Osama Ramadhan Laidin, 17, yang maut dalam kemalangan melibatkan enam buah motosikal di Kilometer 333, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) arah Kuantan berhampiran susur keluar Plaza Tol Paka di sini kelmarin.

Kemalangan pada pukul 12 tengah malam tersebut turut mengorbankan dua penunggang motosikal lain iaitu Muhammad Fitri Hanif Rohami, 18, dan Muhammad Shah Run Nizam Jaafar, 20, manakala tiga lain cedera.

Che Meriah berkata, Ahmad Osama Ramadhan yang juga anak bongsu daripada enam adik beradik paling rapat dan sering menemaninya sewaktu ketiadaan suaminya, Laidin Rahim, 59, yang bekerja di pelantar minyak.

“Sebelum kejadian, dia (Ahmad Osama Ramadhan) minta izin untuk keluar menikmati nasi lemak di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Paka di sini.

“Saya sempat berpesan supaya dia berhati-hati dan cepat pulang. Terkejut saya menerima panggilan telefon berhubung kemalangan menimpanya awal pagi tadi (semalam) ,” katanya ketika
ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun di sini semalam.

Che Meriah berkata, anaknya yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai, Kemaman itu sepatutnya menyambut hari lahir pada 15 Oktober depan.

“Suami saya sedang bekerja di pelantar minyak di sempadan Thailand sewaktu kejadian. “Dia pesan agar pengebumian arwah anak kami disegerakan namun bagi saya biarlah bapanya
tatap dahulu jenazah buat kali terakhir,” katanya.

Che Meriah berkata, jenazah Ahmad Osama Ramadhan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Mentok, Kemaman.

Kesemua mangsa termasuk Ahmad Osama Ramadhan yang menunggang motosikal Yamaha RXZ tidak mengenali antara satu sama lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati kemalangan bermula apabila motosikal jenis Honda Wave yang di
tunggangi salah seorang mangsa berusia 20 tahun dari arah Paka di sini dikatakan tiba-tiba dilanggar sebuah motosikal lain dari arah belakang.

“Pelanggaran itu menyebabkan lelaki itu terjatuh di laluan kiri lebuh raya dan dalam masa sama, beberapa buah motosikal di belakangnya cuba mengelak daripada merempuh mangsa
telah bergesel dan berlanggar sesama sendiri,” ujarnya.

Maizura berkata, Ahmad Osama Ramadhan dan Muhammad Fitri Hanif, yang masing-masing menunggang motosikal Yahama RXZ dan Muhammad Syah Run Nizam yang menaiki motosikal
Yamaha 135LC tercampak ke atas lebuh raya.

Kes disiasat mengikuti Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI