fbpx

Negara bakal rugi FDI berbilion ringgit jika GEG dilaksanakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malaysia memiliki banyak kelebihan sehinggakan menjadikan ia sebagai negara pilihan banyak pelabur dari luar negara. -Gambar hiasan

 PETALING JAYA – Malaysia bakal kehilangan pelaburan langsung asing (FDI) khususnya dalam sektor pembuatan apabila Rang Undang-undang (RUU) Generasi Penamat (GEG) bakal  dibentangkan di Parlimen, demikian menurut Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI).

Semalam, Menteri Kesihatan mengumumkan bahawa RUU GEG akan dibentangkan di Parlimen pada hari Selasa ini dan menurut laporan berita bahawa RUU mengekalkan peruntukan GEG dan akan melarang penjualan tembakau serta produk vape kepada individu yang dilahirkan selepas 2007.

 “Walaupun Dewan menyokong sebarang usaha pemberhentian tembakau atau pengurangan bahaya oleh kerajaan, RUU GEG telah menghantar mesej yang salah kepada pelabur. 

“Pelabur enggan melabur dalam negara yang melaksanakan larangan keras dalam  industri ini dan ia pasti akan menghalang pelaburan masa depan ke dalam sektor ini di Malaysia,” kata MICCCI dalam kenyataan yang dikeluarkan.

GAMBAR HIASAN

 Menurut dewan tersebut, pelaburan pertama yang bakal menerima impaknya adalah Taman Perindustrian E-Atomisasi Kesihatan dan ASEAN E-Atomisasi Kesihatan yang diumumkan awal tahun ini di Melaka.

Selain itu,  sektor pembuatan juga adalah tonggak penting ekonomi yang mana ia mencatat pertumbuhan kukuh pada tahun 2021 dengan mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 17.4 peratus kepada RM1.609 trilion.

 Dalam sektor ini, sub kategori yang merangkumi produk elektrik, elektronik dan optik juga menjadi penyumbang terbesar sebanyak  29.3 peratus kepada RM471.9 bilion.

 Pada tahun ini, industri tersebut bersedia untuk pengembangan selanjutnya, dengan alternatif daripada produk inovatif diunjurkan mencecah anggaran RM3.48 bilion berbanding RM2.27 bilion pada tahun 2019. 

Pertumbuhan ini juga disokong oleh kehadiran lebih 41,000 syarikat berkaitan perniagaan.

 “Melihat kepada potensi pelaburan dan pertumbuhan dalam sektor pembuatan ini, kita bakal berada dalam bahaya jika memperkenalkan RUU GEG,” tegas dewan tersebut.

Sementara itu, terdapat juga trend yang menunjukkan bahawa China sedang meneroka secara aktif dan berkemungkinan untuk memindahkan sebuah kilang pembuatan e-rokok dan mereka telah pun melakukannya dengan sebuah kilang automatik sepenuhnya di Johor.

Gambar hiasan.

 Melihat kepada situasi tersebut, berkemungkinan Malaysia bakal kehilangan FDI jika RUU GEG diluluskan ekoran China yang bakal meluaskan pengembangannya ke rantau ini terpaksa mencari destinasi pelaburan yang lain.

China melihat Malaysia sebuah negara berpotensi untuknya mengembangkan perniagaan di sini dan antara perancangan pada awal tahun ini, Melaka  bakal menerima pelaburan RM3.5 bilion melalui tujuh projek yang akan dibangunkan di negeri ini dengan kerjasama pelabur dari negara berkenaan.

Bagaimanapun, terang kenyataan tersebut, dengan dasar GEG, ia mungkin mendorong ramai pelabur mencari tempat lain 

“MICCI percaya bahawa ia bukan terhad kepada industri vape sahaja dan Malaysia dilihat sebagai tidak mesra perniagaan malah memberi isyarat kepada bakal pelabur bahawa kerajaan mengambil sikap melampau tanpa pertimbangan sewajarnya terhadap pelaburan dan kesan ekonomi,” ujarnya.

 MICCI juga berpendapat, potensi industri tempatan sedia ada juga bakal kehilangan pelabur domestik kerana terkesan daripada  impak kepada industri pembuatan, pengedaran dan runcit tempatan yang berkaitan dengan vape sektor.

 Jelasnya, apa yang diperlukan segera adalah mengawal selia dan mengenakan cukai kepada industri vape. 

“Kerajaan harus memisahkan peruntukan GEG daripada RUU untuk segera menangani cecair vape yang berpotensi berbahaya dan tidak dikawal serta memperoleh hasil cukai yang sangat diperlukan untuk membina semula rizab negara kita.

 “Walaupun undang-undang ketat sedia ada, tetapi masih terdapat penyeludupan produk terlarang secara aktif dalam negara.

“Dasar larangan seperti GEG secara tidak sengaja akan menyemarakkan lagi perdagangan haram dan aktiviti penyeludupan, ia juga akan memberi kesan negatif kepada hasil cukai dan mewujudkan satu persekitaran yang kurang sesuai untuk perniagaan yang sah beroperasi,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI