fbpx

Bernas sangkal dakwaan ada campuran plastik dalam beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menyangkal dakwaan bahawa terdapat campuran beras plastik di dalam produk keluarannya.

Bernas menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya sentiasa memastikan tahap pematuhan piawaian dan pemantauan kualiti yang ketat di setiap peringkat perolehan bekalan beras import dan tempatan.

“Semua jenis beras import yang dibawa masuk ke dalam negara perlu melalui proses pemeriksaan kualiti rapi bermula di negara pembekal, sehinggalah sampai ke negara ini.

“Bekalan beras yang dibawa masuk ke negara ini turut dibekalkan dengan sijil pengesahan kualiti. Malah, spesifikasi beras dipantau rapi mengikut apa yang ditetapkan oleh kerajaan,” kata kenyataan itu.

Oleh itu menerusi kenyataan sama, Bernas memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai.

Susulan itu, Bernas juga menasihatkan orang ramai untuk tidak mempercayai berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Jika ada sebarang pertanyaan atau mendapati wujudnya unsur-unsur mencurigakan ke atas produk beras yang dibeli, hantar aduan rasmi ke [email protected].

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan atas mana-mana pihak yang menyebarkan tuduhan tidak berasas untuk menjatuhkan reputasi kami,” jelas kenyataan itu lagi. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI