fbpx

Musim berebut, beratur panjang beli kunafa dan beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HEBOH baru-baru ini mengenai gelagat orang ramai yang sanggup beratur sehingga tiga jam untuk membeli kunafa semasa satu acara di sebuah negeri baru-baru ini.

Penulis pun tidak tahu apa yang sedapnya pemanis mulut yang berasal dari Timur Tengah itu sampai sanggup berjam-jam beratur, malah ada laporan mendakwa beratur sampai berbelas jam! Gila.

Apa yang penulis tahu, kunafa atau nama lainnya kanafeh itu boleh sahaja dibeli di mana-mana restoran Arab, malah ada yang memberitahu terdapat kedai di tengah ibu kota yang terkenal dengan kesedapannya. Bila-bila masa boleh mendapatkannya.

Namun ada yang berkata, bukan keistimewaan kunafa yang jadi rebutan dan tarikan tetapi si penjualnya! Sekali lagi penulis menggelengkan kepala.

Tidak cukup dengan isu beratur kerana kunafa, datang pula perkhabaran ada yang beratur sehingga tiga jam semata-mata mahu membeli ‘crepe’. Dengarnya sampai hampir bergaduh dan bertumbuk gara-gara penjual kehabisan stok.

Nasib baik semasa sebuah festival lain di ibu negara baru-baru ini tiada berlaku kekecohan meskipun ramai yang sanggup berpanas beratur hampir dua jam untuk menikmati nasi kandar original Pulau Pinang.

Bagi mereka, saat seperti ini adalah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan kerana beberapa ‘jenama’ popular nasi kandar di festival itu hanya boleh dinikmati jika berkunjung ke Pulau Pinang sahaja.

Begitulah senario sebilangan rakyat Malaysia hari ini, soal penat dan terpaksa menahan bahang panas tidak menjadi satu masalah kepada mereka asalkan dapat menikmati menu kegemaran, ada yang berbuat demikian hanya kerana ikut-ikutan berikutan menu itu viral di media sosial.

Keadaan itu turut menyebabkan ada yang berpendapat betapa mereka lupa mengenai nasib sebilangan rakyat lain yang terpaksa beratur panjang untuk membeli beras tempatan pada harga istimewa.

Isu ketiadaan beras ini pula digambarkan oleh sesetengah ahli politik seperti negara kita dalam keadaan kritikal dengan bekalan beras, rakyat seakan dalam keadaan miskin dan melarat sehingga terpaksa berebut-rebut mendapatkan beg beras tempatan.

Dua senario berebut mendapatkan makanan ini menjelaskan kepada kita bahawa masalah perut ini perlu diseimbangkan dengan akal yang waras.

Hal ini kerana ada orang boleh hilang kewarasan jika gagal membeli menu viral dan di pihak yang lain ada yang boleh kemurungan dengan ketiadaan bekalan beras murah di pasaran.

Semoga ujian-ujian kehidupan ini dapat kita lalui dengan sabar dan tenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN