fbpx

Jerebu: Malaysia masih tunggu maklum balas Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi pada Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau dan Eko Antarabangsa Malaysia 2023, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Malaysia masih menunggu maklum balas daripada Indonesia berhubung masalah jerebu rentas sempadan yang melanda negara ketika ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya berharap maklum balas dapat diberikan secepat mungkin berhubung perkara itu.

“Belum lagi (respons dari Indonesia), kita sudah hantar surat tersebut secara langsung kepada kedutaan dan kita akan menunggu respon daripada mereka,” katanya ketika sidang akhbar selepas perasmian Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023, di sini hari ini.

Sementara itu, Nik Nazmi memaklumkan setakat pukul 10 pagi hari ini terdapat 12 kawasan dengan kualiti udara pada tahap baik.

“Sementara itu ada 51 kawasan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap sederhana dan lima kawasan catat IPU tidak sihat iaitu di Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka, Batu Pahat dan Tangkak di Johor.

“Mengikut bacaan terkini daripada Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura ada 16 titik panas dikesan di Sumatera, 193 titik panas di Kalimantan dan sembilan titik panas dalam negara iaitu di Sarawak,” jelasnya.

Katanya, pihaknya sedang memantau perkara tersebut dengan dekat dan sekali lagi mengingatkan sekiranya ada maklumat tentang pembakaran terbuka atau kebakaran tanah gambut, boleh dilaporkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar.

“Kita juga menggesa agar semua rakyat merujuk kepada bacaan IPU terkini yang ada di dalam laman web ataupun menerusi aplikasi MyIPU untuk mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan IPU tersebut,” katanya.

Terdahulu, surat tersebut dihantar susulan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kementerian menangani isu berkenaan dengan mengkoordinasi langkah dengan rakan sejawat dalam ASEAN termasuk Indonesia.

Bagaimanapun, Indonesia sebelum ini menafikan dakwaan bahawa jerebu rentas sempadan berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di negara berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI