fbpx

Penduduk Britain terkejut lihat letupan besar di langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk berkongsi gambar letupan yang menerangi langit malam. - MailOnline

LONDON – Penduduk di Oxfordshire, Britain terkejut selepas melihat ‘bebola api’ misteri muncul di samping bunyi letupan di langit pada malam semalam (waktu tempatan), lapor akhbar The Sun.

Menurut polis, letupan berlaku disebabkan kilat menyambar sebuah loji sisa buangan di bandar Yarnton. 

Beberapa silinder gas di loji tersebut disambar kilat yang mengakibatkan api dan asap memenuhi langit pada malam semalam.

Polis mengesahkan bahawa tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran di loji itu, namun jalan A40 ditutup selepas kejadian.

Penduduk tempatan juga diarah kekal berada di dalam rumah selain menutup tingkap dan pintu selepas kejadian tersebut.

Polis Thames Valley dalam satu kenyataan berkata: “Pegawai kami berada di lokasi kejadian kebakaran di loji sisa berhampiran Yarnton, Oxfordshire.

“Kilat dipercayai menyambar silinder gas di tapak berkenaan semasa cuaca buruk pada petang tadi (semalam), dan menyebabkan kebakaran besar,” jelas kenyataan itu.

Beberapa pengguna di aplikasi X berkata bahawa langit ‘bercahaya selama dua minit’ sebelum hilang. Sebilangan penduduk turut terputus bekalan elektrik selepas letupan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI