fbpx

Khairul Aming ulas iPhone 15 Pro setaraf Apple

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran tular video ulasan iPhone 15 Pro oleh pempengaruh, Khairul Aming

Oleh: HUMAIRA KAHHAR

PETALING JAYA – Video ulasan mengenai iPhone 15 Pro yang dibuat oleh pempengaruh, Khairul Aming dikatakan setaraf dengan iklan syarikat Apple.

Menerusi video berdurasi tiga minit lima saat itu, netizen mengagumi ulasan teliti dan terperinci yang diberikan Khairul Aming.

“Video sudah setaraf iklan Apple. Sangat teliti. Saya terus rasa nak beli,” kata seorang pengguna laman sosial.

Di dalam video perkongsian ini, Khairul Aming turut memperlihatkan perbezaan kebolehan iPhone 14 Pro dan iPhone 15 Pro.

Perkongsian itu turut dibanjiri dengan reaksi positif terhadap kefasihan beliau dalam memberi ulasan yang ringkas dan informatif.

“Ulasan pendek Khairul Aming lebih mudah faham daripada ulasan di YouTube,” puji l4mee.

Tindakan ini telah mendapat perhatian ramai dan dipuji sebagai contoh bagaimana ulasan sepatutnya dihasilkan, menumpukan kepada aspek kualiti daripada sekadar berlumba untuk mendapatkan tayangan tular.

Video tular di laman sosial itu telah menerima 18,000 tanda suka di akaun X. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI