fbpx

Kerosakan struktur, cerun Empangan Kenyir sedang dibaiki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empangan Kenyir

KUALA TERENGGANU – Kerja-kerja pembaikan struktur dan cerun Empangan Kenyir, Hulu Terengganu sedang dilakukan bagi menjamin keutuhannya.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Hanafiah Mat berkata, kos pembaikan struktur dan cerun empangan berkenaan menggunakan sebahagian peruntukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang masing-masing berjumlah keseluruhan kira-kira RM135.64 juta dan RM62.71 juta.

Beliau berkata, sebelum ini, peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan kerosakan akibat banjir termasuk melibatkan cerun Empangan Kenyir oleh dipohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 April lalu.

“Stesen Kenyir di empangan itu mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh sewaktu banjir besar pada Februari tahun lalu.

“Ia menyebabkan operasi penjanaan dan penghantaran di stesen tersebut terhenti selama enam bulan sebelum dipulihkan semula pada akhir Jun 2022,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang mendapati lapan empangan di seluruh negara dikenal pasti berisiko terhadap keselamatan kepada penduduk dan harta benda sekiranya berlaku kegagalan fungsi dan strukturnya.

Lapan empangan itu adalah Empangan Kenyir, Terengganu; Empangan Muda dan Ahning, Kedah; Empangan Jor dan Mahang, Perak; Empangan Sultan Abu Bakar, Pahang; Empangan Babagon, Sabah; dan Empangan Bakun, Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI