fbpx

Kemuka matan palsu bernilai RM60,000, Datuk Seri ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM60,000.

Suspek berusia dalam lingkungan 60-an dipercayai ditahan kira-kira pukul 2 petang ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2020 hingga 2021 ketika memegang jawatan sebagai pengerusi koperasi berkenaan.

“Suspek dipercayai mengemukakan tuntutan pembayaran khidmat nasihat bagi projek di Johor dan bayaran pendahuluan bagi projek pembangunan bercampur di Kuala Selangor sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan,” katanya.

Susulan penahanan tersebut, SPRM telah membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret 1 Kuala Lumpur, pagi tadi.

Majistret Atiqah binti Mohamed@Mohamad Saim membenarkan perintah reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula hari ini sehingga sehingga Ahad.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat dibawah Seksyen 18, Akta SPRM 2009. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI