fbpx

Jerebu: Tiada titik panas dikesan di Malaysia – Nik Nazmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi ketika sidang akhbar pada Majlis Pengiktirafan Wetland Studios Putrajaya Sebagai Pusat Sumber Pemuliharaan Alam Sekitar, hari ini. Foto - FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Keadaan jerebu teruk di beberapa kawasan sejak kelmarin bukan disebabkan oleh insiden kebakaran besar terjadi dalam negara ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad malah menegaskan, tiada titik panas dikesan di Malaysia ketika ini.

“Memang pernah ada kebakaran besar lebih lima bulan lalu tetapi berdasarkan data terkini saya terima, belum ada yang jadi titik panas dikesan kini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengiktirafan Wetland Studios Putrajaya sebagai Pusat Sumber Pemuliharaan Alam Sekitar di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar mendakwa negara itu bukan punca jerebu sekali gus menafikan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia bahawa tiupan angin membawa jerebu berasal daripada ratusan titik panas di Indonesia.

Bagaimanapun, Siti Nurbaya mengakui merujuk laporan Pusat Khas Meteorologi ASEAN setakat akhir bulan lalu berbanding kenyataan JAS yang mengikut data tarikh terkini.

Nik Nazmi bagaimanapun, mengakui data diterima pihak kementerian menunjukkan ada kes kebakaran berlaku di luar negara tetapi tidak mahu merujuk kepada mana-mana negara.

Justeru, beliau telah bertindak menghantar surat kepada syarikat-syarikat Malaysia yang ada kepentingan di negara jiran bagi memastikan bekerjasama dengan kerajaan tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI