fbpx

20 minit terperangkap dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelandangan yang dibawa keluar selepas terperangkap dalam longkang dalam kejadian di Jalan Tun Abdul Aziz, Kajang, hari ini.

KAJANG – Seorang gelandangan berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam longkang selama 20 minit sebelum diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Jalan Tun Abdul Aziz, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 8.24 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota dan dua jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun berada di dalam longkang dengan kedalaman 2.44 meter.

“Mangsa berada di dalam longkang selepas berjalan melalui longkang kecil yang disambung ke longkang besar,” katanya.

Kata Mukhlis, mangsa tersebut terperangkap selama 20 minit sebelum berjaya dibawa keluar anggota bomba.

“Tiada sebarang kecederaan didapati pada mangsa ekoran insiden ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI