fbpx

Tangan penumpang tersekat dalam pemegang cawan pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangan Abraham berjaya dikeluarkan selepas kira-kira 10 minit tersekat. – TikTok

SINGAPURA – Seorang penumpang pesawat berdepan detik cemas apabila tangannya tersekat di dalam lubang pemegang cawan tempat duduk ketika menaiki penerbangan dari Singapura menuju Vietnam, lapor portal berita Mothership hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, warga Singapura  dikenali sebagai Abraham, 29, itu dirakam sedang bergelut untuk mengeluarkan tangannya daripada  tempat letak cawan tersebut.

Rakannya, Darshen, merakam video kejadian sebelum dia memanggil pramugari bagi membantu Abraham.

Pramugari tersebut  cuba membantu mengeluarkan tangan Abraham, namun gagal.

Abraham meminta agar dia diberikan mentega untuk digunakan sebagai pelincir bagi mengeluarkan tangannya, namun pramugari berkenaan memberitahu bahawa dia tidak mempunyai mentega.

“Sejujurnya, ia berlaku disebabkan idea dia sendiri. Dia tertanya-tanya sama ada tangannya muat untuk dimasukkan ke dalam pemegang cawan itu, namun akhirnya tersekat,” kata Darshen pada hantaran video tersebut.

Tambah Darshen, situasi cemas itu berlaku selama kira-kira 10 minit sebelum Abraham akhirnya dapat mengeluarkan tangannya secara normal.

“Terdapat seorang lelaki duduk di hadapan kami. Dia terkejut dan menyangka Abraham bergurau. Dia kemudian menyuruh Abraham berdiri,” kata Darshen.

Menurutnya, selepas mengikuti arahan tersebut dan mencuba sedaya upaya, Abraham akhirnya berjaya mengeluarkan tangannya daripada  pemegang cawan itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI