fbpx

Nyanyi di stesen minyak pun, saya akan beria-ria – Naqiu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN Naqiu dengan lagu Setahun Sudah Berlalu pada konsert minggu kedua GV10 dilihat 'terlebih' emosi sehingga sehingga dirasakan tidak kena dengan dengan terjemahan asal karya milik Alleycat itu.

SHAH ALAM – Penyanyi Naqiu mengakui akan beria-ria atau bersungguh-sungguh setiap kali membuat persembahan tidak dalam apa juga acara, termasuk ketika bertanding di pentas Gegar Vaganza (GV).

Tutur Naqiu atau nama penuhnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib, 36, perkara tersebut sudah menjadi kewajipannya setiap kali menyanyi bagi memberi persembahan yang berbaloi buat penonton.

Vokalis kumpulan Boboy itu berkata, dia melayan semua persembahan sama rata dan akan sentiasa memberi sepenuh jiwanya dalam nyanyian.

“Pada saya, ‘beria-ia’ itu adalah diri sendiri dan bukan sahaja pentas GV, jika suruh menyanyi di stesen minyak sekali pun, saya akan lakukan perkara sama.

“Sebab peminat sudah habiskan duit untuk bayar setiap produk yang saya keluarkan. Penganjur juga sudah membayar saya, jadi saya perlu berikan yang terbaik.,” katanya kepada Kosmo! Online selepas konsert All Stars GV (ASGV) minggu kedua semalam.

Mengulas mengenai persembahannya pada konsert minggu kedua ASGV yang dikatakan terlalu beremosi, Naqiu menerima pandangan juri dengan hati terbuka selain mengakui kesilapannya dalam menginterpretasi makna lagu yang disampaikan iaitu Setahun Sudah Berlalu dendangan asal kumpulan Alleycats.

Selain itu, dia juga mengakui penanda aras yang diletakkan ketua juri GV, Datuk Ramli MS pada konsert pertama minggu lalu terhadapnya sedikit sebanyak membebankan dirinya.

“Saya paling takut jika ‘dibantai’ teruk dengan komen juri disebabkan persembahan kurang memuaskan namun saya akui salah membuat interpretasi lagu tersebut.

“Memang terbeban sebenarnya bila Tok Ram letakkan penanda aras yang tinggi terhadap saya.

“Apapun, saya okey dengan komen tersebut sebab semua yang nak disampaikan berjaya dilakukan,” jelasnya.

Semalam, Naqiu yang menduduki tangga ke lapan dalam senarai keseluruhan pemarkahan persembahan peserta ASGV menerima komen daripada Ramli MS bahawa dia terlalu beremosi ketika membuat persembahan sehingga terlupa untuk mendendangkan lagu dengan merdu.

Masih diberi kesemoatan meneruskan perjuangan, Naqiu bakal mendendangkan lagu Santai milik Faizal Tahir pada konsert minggu ketiga ASGV Ahad depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI