fbpx

Pelantikan Pengerusi SPA baharu diputuskan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Santapan Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2024 di Dewan Sri Endon Puspanitapuri, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Pelantikan Pengerusi Baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan diputuskan kerajaan selepas mengadakan Mesyuarat bersama Majlis Raja-Raja kelak.

Perkara itu disahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali kepada pemberita ketika ditanya mengenai kekosongan jawatan Pengerusi SPA yang belum diisi selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman menamatkan perkhidmatan pada 24 Julai 2023.

“Yang itu (pelantikan Pengerusi SPA) kena tunggu, bawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan akan diputuskan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Santapan Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2024.

Untuk rekod, Zainal Rahim menamatkan perkhidmatan pada 24 Julai 2023 selepas dilantik 25 julai 2018.

Susulan itu, semua mesyuarat SPA melibatkan pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan penjawat awam telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi SPA.

Namun bagi urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan, Pengerusi SPA hendaklah menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 138 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, semenjak Julai 2023, Mesyuarat SPKP tidak dapat diadakan kerana ketiadaan Pengerusi SPA yang juga merangkap Pengerusi SPKP.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai status kontrak Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Mohd. Zuki berkata, perkara itu akan ditanyakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya akan buat kenyataan (status kontrak Azam Baki), saya tanya Perdana Menteri dahulu,” jelasnya.

Sebelum ini, tempoh perkhidmatan Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dilanjutkan selama setahun tahun lepas yang akan tamat pada 12 Mei ini.

Azam dilantik mengetuai SPRM pada 9 Mac 2020 susulan peletakan jawatan Latheefa Koya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI