fbpx

MKM sasar pasaran utara Semenanjung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada peserta umrah kelolaan MKM.

PETALING JAYA – MKM Ticketing Travel & Tours (MKM), syarikat pengendali umrah yang beroperasi selama lebih 10 tahun di negara ini, menyasarkan untuk meningkatkan lagi penguasaan pasarannya di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Pengarahnya, Abdul Hadi Abdul Raman berkata, penyertaan syarikat dalam MATTA Fair Penang yang diadakan di Spice Arena selama dua hari pada 30 September dan 1 Oktober lalu merupakan  sebahagian daripada langkah terbaharu yang diambil oleh pihak pengurusan.

“Sebahagian besar pelanggan kami sebelum ini meliputi bahagian utara Semenanjung seperti di Kedah dan Perak, selain di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

“Selain menawarkan diskaun RM600 seorang, pihak syarikat juga terus membuka peluang penempahan pakej umrah dengan bayaran hanya RM50 sepanjang pameran tersebut sebagai menghargai sokongan masyarakat Islam di sebelah utara,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Hadi

Abdul Hadi percaya MKM mampu bersaing dalam pasaran kerana kelebihan yang dimiliki, terutamanya kepercayaan ramai bahawa syarikat mampu menawarkan perkhidmatan terbaik selain penyediaan pakej-pakej menarik seperti Pakej Umrah Menara.

“Pakej-pakej ditawarkan pada harga berpatutan dengan mengambil kira bebanan kewangan bakal jemaah berikutan peningkatan kos kehidupan harian supaya mereka boleh beribadah dengan tenang dan selesa,” tambah beliau.

Sehingga kini, MKM telah menerbangkan hampir 50,000 orang jemaah umrah ke Tanah Suci. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI