fbpx

16 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sebanyak 16 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan sehingga 164, setakat pukul 10.30 pagi ini.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), rekod IPU tertinggi itu direkodkan di Cheras, Kuala Lumpur.

Sementara itu, di Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan pula masing-masing mencatat bacaan pada tahap 163 dan 158.

Bacaan IPU kategori tidak sihat pula dilaporkan di kawasan Putrajaya pada tahap 156, Petaling Jaya, Shah Alam dan Banting di Selangor (157), Port Dickson di Negeri Sembilan (156) sementara tiga kawasan merekodkan bacaan pada tahap 153 iaitu di Bukit Rambai, Melaka.

Bacaan sama turut direkodkan di Batu Muda, Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor.

Dalam pada itu, turut mencatat bacaan IPU melebihi 100 ialah Klang, Selangor (152), Alor Gajah, Melaka (138), Taiping, Perak (137), Seberang Jaya, Pulau Pinang (107) dan Tangkak, Johor (104).

Sementara itu, 45 stesen APIMS di seluruh negara mencatat bacaan IPU sederhana, manakala tujuh stesen lagi merekodkan bacaan baik. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI