fbpx

Warga Sri Lanka mati mengejut dalam tahanan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) mengesahkan seorang lelaki warga Sri Lanka meninggal dunia dalam Tahanan Lokap Berpusat di Jinjang, Sentul, di sini semalam.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, kematian itu membabitkan warga Sri Lanka berusia 43 tahun yang ditahan berkaitan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, lelaki tersebut ditahan pada 23 September lalu.

“Bagaimanapun, pada 30 September lalu kira-kira pukul 11 malam, mangsa mengadu sakit dada.

“Pegawai perubatan hadir memberi rawatan awal dan mengesahkan kematian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mengetahui punca kematian.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes terbabit,” katanya.

Pada 23 September lalu, media melaporkan, mayat tiga lelaki ditemui dalam keadaan kaki dan tangan diikat serta kepala ditutup menggunakan plastik dipercayai dibunuh di sebuah rumah, di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul, di sini.

Dua suspek dikehendaki berhubung kejadian bunuh tiga warga Sri Lanka itu ditahan ketika bersembunyi di dalam hutan sekitar Hulu Langat, Selangor baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI