fbpx

Program Usahawan USHAniaga sempena Karnival UDA 2023 sasar jualan RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Jafni (dua dari kiri) bersama Datuk Mohd. Salem Kailany (kiri) dan Ling Toon Soon (kanan) pada majlis perasmian Karnival UDA di Angsana Johor Bahru Mall di sini semalam.

JOHOR BAHRU – UDA Holdings Berhad Berhad. (UDA) menyasarkan nilaian jualan sebanyak RM10 juta menerusi pelaksanaan program usahawan USHAniaga yang dianjurkan sempena Karnival UDA 2023, tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Datuk Mohd. Salem Kailany berkata, jumlah itu melalui penglibatan seramai 500 usahawan yang akan terlibat di semua empat lokasi program Karnival UDA 2023.

Menurut beliau, empat lokasi tersebut adalah Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Ipoh.

“Kita memberi ruang kepada usahawan dan rakan kolaborasi memasarkan produk serta perkhidmatan mereka secara lebih meluas. Ia juga platform bagi menjejaki, mendekati, membimbing serta mentransformasi usahawan berpotensi dan berdaya saing untuk lebih maju dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa.

Mohd. Jafni (kanan) bersama Ling Tian Soon;  Mohd. Salem (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah Kumpulan Uda, Noor Azmi Salleh (empat dari kanan) mencanting batik ketika melawat gerai pameran.

“Tahun lalu, UDA telah membantu seramai 656 usahawan menerusi penganjuran program sama dengan jumlah nilai jualan yang berjaya dijana sebanyak RM11.72 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival UDA 2023 yang diadakan di Angsana Johor Bahru Mall, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon.

Sementara itu, Mohd. Salem turut memberitahu, pihaknya bakal melancarkan melancarkan produk hartanah baharu iaitu UDA Heights bulan depan.

“Produk berkenaan merupakan kediaman dengan reka bentuk moden, luas dan selesa untuk seisi keluarga meliputi rumah banglo dua tingkat dengan keluasan lot 80 × 90 serta rumah berkembar dua tingkat dengan lima bilik tidur.

“UDA juga akan melancarkan projek hartanah teres dua tingkat dan kedai pejabat dua dan tiga tingkat di Bandar UDA Utama pada tahun depan yang akan membantu merancakkan lagi industri pembangunan hartanah di negeri ini,” ujarnya.

Mohd. Jafni (dua dari kiri) melawat gerai jualan usahawan sempena majlis perasmian Karnival UDA.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pelanggan yang membeli hartanah semasa program Kempen Hartanah UDA Ria berpeluang menikmati pelbagai hadiah lumayan bermula hampir RM200,000.

“Antara hadiah itu termasuklah pakej percutian, kad Touch n Go, baucar minyak, penginapan di hotel rangkaian UDA, AnCasa Hotels & Resorts serta dua hadiah utama iaitu kereta Perodua Ativa.

“Matlamat utama penganjuran karnival ini adalah untuk merancakkan lagi aktiviti keusahawanan dan sosio ekonomi setempat, sekali gus mempromosi pelbagai rangkaian produk hartanah UDA di seluruh negara,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI