fbpx

Lain benar level Daiyan Trisha sekarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Daiyan Trisha tentang pertemuannya dengan bintang-bintang Hollywood sekali gus mengangkat pengaruhnyya di mata industri.

BERUNTUNG sungguh Daiyan Trisha bertemu dengan beberapa pelakon popular antarabangsa ketika hadir ke sebuah acara pelancaran produk kosmetik baru-baru ini.

Memang ramai yang cemburu melihat foto-foto yang dikongsinya dalam media sosial.

Antara selebriti ternama yang bergambar bersama ialah Amanda Seyfried dan Ed Westwick yang terkenal dengan siri Gossip Girls.

Siapa sahaja yang tidak teruja apabila berpeluang merakam momen manis bersama pelakon yang kita selalu saksikan dalam drama dan filem popular sebelum ini.

“Malam penuh magik,” kata pelakon Projek Anchor: SPM itu ringkas.

Selain itu, Daiyan juga dilihat sempat menghadiahkan buku puisinya, Tulisan by Daiyan kepada Seyfried. Harap aktres tersebut dapat hayati setiap penulisan puisi Daiyan ya.

“Beruntungnya Daiyan, saya sangat suka Seyfried,” komen Puan Seri Tiara Jacquelina.

“Awak dapat membuatkan Seyfried pegang buku puisi itu, beruntungnya!” puji seorang pengikut Instagramnya.

Mungkin ini rezeki Daiyan, manalah tahu selepas ini Diva pula dapat bertemu dengan Tom Cruise pula.

DIVA: Dengarnya ada nama pelakon baru kena ‘reject’ oleh pengarah sebab pengurus yang tak cekap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI