fbpx

Kualiti udara di Kedah semakin tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan berjerebu di Alor Setar yang semakin memburuk.

ALOR SETAR – Kualiti udara di beberapa kawasan di negeri ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat terutama di Alor Setar dan Sungai Petani.

Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab, trend IPU di dua bandar tersebut juga menunjukkan peningkatan.

“Setakat pukul 11 pagi ini, semua stesen pemantauan kualiti udara di Kedah kini mencatatkan status IPU sederhana iaitu Alor Setar (94), Sungai Petani (93), Kulim Hi-Tech (78) dan Langkawi (79).

“Walaubagaimanapun, Alor Setar dan Sungai Petani menunjukkan trend peningkatan kepada paras hampir tidak sihat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kata beliau, selari dengan saranan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan IPU melebihi 100.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar menggunakan pelitup muka untuk menapis partikel halus terutama bagi yang sensitif dan mempunyai masalah pernafasan seperti asma apabila keluar,” katanya.

Tambahnya, JAS Kedah juga menjalankan rondaan berkala bagi mengesan pembakaran terbuka sebagai salah satu tindakan mengesan dan mengawal punca tempatan.

“Semakan rekod aduan dari 28 September hingga hari ini tiada aduan pembakaran terbuka dari sumber tempatan,” katanya.

Akhbar hari ini melaporkan situasi jerebu yang makin buruk di beberapa negeri sejak kelmarin berpunca daripada asap tebal ekoran kebakaran hutan besar di Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI