fbpx

SPRM serah dokumen berkaitan notis merah menantu Muhyiddin Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal menyerahkan beberapa dokumen kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melengkapkan permohonan notis merah terhadap menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dokumen yang diperlukan bakal diserahkan kepada PDRM Isnin depan.

“Berkaitan permohonan (notis merah) kepada Interpol, pihak SPRM tidak boleh lakukan permohonan terus kepada mereka (Interpol) sebaliknya perlu melalui polis.

“Pihak kami akan bekalkan dokumen tersebut dalam masa terdekat kepada Interpol paling awal Isnin ini,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar SPRM Bersama Media 2023 Sempena Ulang Tahun SPRM Ke-56, di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia, Kajang, hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya setakat ini sedang menunggu beberapa maklumat sebelum menghantar permohonan kepada Interpol.

Terdahulu, media melaporkan SPRM akan memohon kepada PDRM untuk memasukkan nama dua individu termasuk menantu Muhyiddin ke dalam senarai notis merah, jika gagal tampil untuk menghadapi pendakwaan.

Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69, dikehendaki tampil ke SPRM bagi tujuan pendakwaan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Bagaimanapun, Muhammad Adlan dalam satu kenyataan melalui peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu menafikan beliau lari daripada pihak berkuasa dan menyatakan akan pulang ke tanah air bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI